Yamaha 135 LC
Pada tahun 2006 Yamaha sekali lagi membuat kejutan dengan melancarkan model 4 lejang jenis ‘kapcai’ sekaligus memeriahkan lagi dunia permotoran negara.Saya lupa tarikh sebenar pelancarannya tetapi kesannya model ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan seperti mana model terdahulu iaitu Yamaha 125Z dan Yamaha TZM 150.Saya mengambil ringkasan namanya sahaja dalam penulisan ini iaitu ‘LC’ yang membawa maksud ‘Liquid Cool’.Seperti mana yang kita ketahui model Yamaha LC135 atau ‘LC’ ini dipenuhi dengan teknologi terkini yang membolehkan kita menungang dengan lebih lancar tanpa ada perasaan risau dengan prestasinya.
Baiklah salah satu teknologi perlumbaan yang diserapkan kepada ‘LC’ ini ialah pada bahagian blog silinder motor ini mengandungi komponen campuran bahan ‘DiAsil’.Bahan ini merupakan campuran di antara keluli dengan silikon aluminium aloi kemudiannya ditempa bagi menghasilkan permukaan dinding silinder yang kuat dan cepat mengnyah haba.
Teknologi berikutnya yang canggih pada ‘LC’ ini ia menggunakan 4 injap dimana 2 injap untuk kemasukan dan 2 injap ekzos.Hasilnya nanti ‘LC’ ini dapat menjimatkan minyak dan memiliki pecutan yang tangkas berbanding model seangkatan dengannya.
Kerangka yang digunakan oleh ‘LC’ ini bukanlah kerangka jenis biasa yang digunakan oleh motosikal cub biasa tetapi ia menggunakan kerangka berbentuk berlian.Seperti yang kita maklumi kerangka jenis berlian banyak digunakan oleh motosikal-motosikal besar di mana ia lebih tegap sesuai jika menungang dengan membawa pembonceng.Ia juga memberi imbangan yang baik bagi menampung berat keseluruhan antara motor dan penunggang.Namun bukanlah bererti anda bebas dari mengalami sebarang insiden tetapi bergantung cara dan skil yang ada pada seseorang penunggang.
Sedikit Pengumuman:Artikel ini bukanlah berkaitan pandu uji tetapi lebih kepada review sesebuah motosikal.Harap Maklum.
Baiklah mari kita lihat sedikit gambaran mengenai bahagian-bahagian yang terdapat pada ‘body’ motosikal ini.
Sepertimana pada kebanyakan motosikal ‘cub’ sekarang ‘LC’ juga mempunyai break ‘disk’ di hadapan tapi sayangnya tidak untuk brek belakang.Brek belakang hanya jenis ‘gelendong’ mungkin untuk mengurangkan harga motosikal ini kepada lebih kompetetif.
Jika anda perhatikan betul-betul lampu belakang ‘LC’ ini mempunyai lensa berwarna ke biru-biruan.Emm…satu ciri yang menarik minat anak=anak muda zaman sekarang.
Oh ya! saya hampir terlupa untuk model ‘LC’ ini telah dileluarkan versi klac manual lihat gambar di sebelah.Pelancarannya telah dibuat pada bulan Julai 2007.Nampaknya tak perlulah lagi kaki-kaki modified melakukan pengubahsuaian pada ‘LC’ masing-masing untuk mendapatkan klac manual.Seperti yang anda tah sistem klac manual memberi kesan kepada ‘pickup’ ssebuah motosikal.
Model yang mempunyai klac manual ini diberi nama Yamaha 135 LC EXTREAM SPIRIT.Selain itu sistem gear untuk versi terbaru ini juga berbeza dari versi sebelumnya di mana untuk masuk ke gear satu anda perlu menekan ke bawah manakala untuk memasukkan ke gear dua dan seterusnya anda perlu mencungkil ke atas.Kepada yang biasa menunggang RXZ,125 Z,TZM 150 mungkin tidak kekok dengan perubahan ini.
Sehingga ke hari ini kita dapat lihat ‘LC’ ini bermaharaja lela di jalan raya kerana apa?Ya tidak ada model saingan yang setanding dengannya.Lihatlah abangnya 125Z tidak ada model saingan yang dapat menggugat kedudukannya sebagai ’super cub’ masakini.
Mungkinkah perkara yang sama akan di alami oleh model ‘flag ship’ Yamaha ini,kita tunggu dan lihat……
Spesifikasi Yamaha LC 135
-
Jenis enjin : 4 lejang,1 silinder sejukan cecair,4 injap
-
Gerek x lejang : ( 54 mmx 58.7 mm)
-
Isi padu sesaran : 134.4 cc
-
Kuasa maksimum : 8.45 kw/8500 rpm
-
Tork maksimum :11.65 Nm/5500 rpm
-
Nisbah mampatan : 10.9:1
-
Sistem nyalaan : DC CDI
-
Sistem penghidup : Tendang dan elektrik
-
Jenis karburator : VN22*1
-
Sistem klac : Basah,plat berbilang,automatik dan manual
-
Suspensi depan : Fork taleskopik
-
Suspensi belakang : Tunggal/monocross
-
Brek hadapan : Cakera tunggal
-
Brek belakang : Gelendong
-
Jenis kerangka : Berbentuk berlian
-
Saiz tayar depan : 70/90-17 M/C 38P
-
Saiz tayar belakang : 80/90-17 M/C 44P
-
Tinggi pelana : 770 mm
-
Tapak roda : 1245 mm
-
P x L x T : (1945 x 705 x 1065)mm
-
Berat kering : 103.0 kg
-
Muatan tangki : 4.0 liter
-
Muatan pelincir : 1.1 liter
By Wira Duniamoto In Review Motor
No comments:
Post a Comment